Skip to main content

Cuti-cuti malaysia!

Bukit Merah Laketown Resorts!

Ni masa cuti sekolah yang lepas, bawak budak-budak gi Bukit Merah Laketown Resort. Sambil menyelam sambil minum air, serampang 2 mata gak ni. Macam ad hoc je, sambil nak balik, singgah kat Taiping sat. Anyway, kids bila jumpa air, tak ingat nak balik..sampai gelapla kulit.

Ok ni first sampai kat Bukit merah Laketown Resort, Gunung Semanggol, Perak.


Nampak tak 4 beradik ni macam tak sabar-sabar nak jelajah tempat ni.
Ada cerita disebalik mandi kolam renang dekat apartment ni. Masa I keluar cari magazine, diorang semua dok mandi lagi dengan ayah dia, tak lama kemudian diorang dah sudah, so I tanyalah ayah dia, kenapa sekejap sangat mandi kolam. Ayah dia kata, ada budak mana tah, muntah dalam kolam tu. Oh, oklah, lets go to our room. Then I tanya anak sulung, Abang, budak mana yang muntah tu? Budak mana pulak ma, Ammarla yang muntah. So guess sendiri, apa hubby I buat instead of taking care of the children....

Time tengah gila World Cup! Mana-mana je ada theme ni.






Dah penat main air, berhenti makan jap!



What're you doing, kimi? Ini memang betul buaya darat.


Wah, ammar restingnya disamping penyu tu.


Walaupun mataku terpejam, tetap dunia ini kupandang dengan jiwa yang tenang....



Enjoynya, anak-anakku main air


Eh, apasal macam dah bosan dah ni? Bosan sebab mama gi jumpa client and ayah ambik gambar. Sebab tu takde gambar mama dan ayah.



Menikmati aiskrim tapi apasal kat tepi tong sampah ni, oklah ni environmental punya orang


Enak sungguh sampai tak kesah muka dah comot.



Inilah tujuan atau matlamatnya iaitu menjaringkan gol



Ammar pun boleh score gol!!!

Hasilnya Ammar dapat 2 hadiah, kimi pun dapat 2 hadiah and Aqmal pun dapat 2 hadiah. Tautak apa hadiahnya, keychain gambar pemain bola dan kelab bolasepak terkenal. memang diaorang suka sangat, especially Ammar sebanya beyond expectation boleh score goal. Orang yang jaga tu pun quite impressive tengok die....
Well, where's the bakat comes from? From their....
Ok, next time kite gi tempat lain pulak. In conjunction with the vacation, we would like to give a special thanks to Uncle zamri and Untie Som for....
adios, amigos

Comments

Popular posts from this blog

Camera, Action!!!

Pengalaman gi melancong sebenarnya banyak bawak perubahan pada diri seseorang terutama self upbringing. Dulu masa belum buat biz ni, akak ni jenis yang kaku, boleh nampakla masa ambik gambar ni.... Masa kat airport sebelum gi Korea..(gambar edisi terhad) Ni gambar 1st time gi melancong, time tu Korea, tegak je kan.... Pastu kat Paris, dah mula gaye sikit. ada la.. Then kat paris jugak, masa ni macam kena paksa sikit, tak caye tengok muka abang mazhan, semacam saje... Pastu masa kat Sydney, masa ni tangan akak naik sendiri, dah mula mengepakkk.. Then dah pandai dah lenggok badan... sebab dah kena ajar.. nak buat macamana ramai tul peragawatiiii masa kat Tokyo Then masa kat beijing dah mula tunjuk skilll And jeng . . jeng . . jeng . . . Aksi melampau masa kat Swiss. Bukan salah akak tau , tu said kat sebelah tu yang ajar... Tapi tu lah enjoy bila buat biz ni, ramai tul kawan-kawan sama-sama gi melancong ni..anda pun boleh menikmati saat-saat macam ni dengan ambik peluang masa pelua...
BERITA BAIK!!! BAMBOO SALT CONDITIONING SHAMPOO Selepas berjaya dengan produk rangkaian marine essence nya, sekarang SHOM tampil memperkenalkan produk terbaru di pasaran dengan Bamboo Salt Conditioning shampoo aka perapi rambut berkhasiat garam buluh marine essence pulak.. menambahkan lagi satu lagi produk yang bakal menggegar pasaran conditioner.. sedikit info tentang produk ni: Soap free Paraben free SLES free Antibacteria Mineral Oil Free semua ni adalah khasiat untuk rambut yang lembut,licin, bersinar dan mudah di urus. Antara kandungan utama adalah: 1. GARAM BULUH DAN PHENO-SFE -untuk menyihatkan dan melindungi rambutdengan menyingkirkan radikal bebas yang berbahaya. 2. MINYAK ARGAN ORGANIK DAN MINYAK ZAITUN EKSTRA DARA 100% - untuk melembapkan kulit kepala yang kering dan menjadikan rambut kelihatan cantik, bersinar dan beralun lembut.. 3.  YOGURT DAN PROTIN SUTERA - kaya dengan protin, sangat giat untuk menyihat dan melembap...