Skip to main content

Maharani + PB

Superb dan Fantastic!!
Jika anda mahukan perubahan yang cepat, gabungan antara pemakaian PB dan herba Maharani adalah gandingan yang cantik. Sila ikuti testimoni dibawah dan cara pemakanan produk ini.
Pn Roslina Says :

Ibu saya telah mengalami menopaus dan beliau sering mengalami masalah sakit badan daripada paras pinggang hingga ke kaki. Saya telah menghadiahkan ibu satu set pakaian dalam premium beautiful hai-O Marketing dimana saya berharap mungkin pakaian ini boleh membantu melegakan kesakitan yang dialami olehnya. Soalan saya apakah produk Maharani Hai-o Marketing sesuai digunakan oleh wanita yang telah menghadapai menopaus ini atau adakah pil herba lain yang sesuai untuk beliau.. terima kasih.

Answer:

Puan,
Terima kasih kerana memilih produk Hai-O Marketing.

Ya. Herba Maharani memang sesuai untuk ibu anda yang dalam peringkat menopaus. Tambahan pula, ia juga melegakan kesakitan pinggang dan belakang.

Herba Maharani menguatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, produk ini turut membantu mencegah osteoporosis yang dihadapi oleh mereka yang telah henti haid.

Pengambilan yang berterusan menjadikan seseorang itu lebih bersemangat, bertenaga dan aktif. Ia sesuai dimakan oleh mereka yang telah berumur 50, 60, 70 malahan 80 tahun.

Testimoni
Ada customer yang memberitahu bahawa mak dia dah menopaus tetapi selepas makan produk herba maharani selama seminggu, haidnya datang semula.

Aini Says:

Saya sudah menggunakan produk premium beautiful Hai-o marketing hampir 2 tahun tetapi tiada sebarang perubahan dapat dilihat pada berat badan saya. Bagaimanakah cara pemakaian yang disarankan untuk mendapatkan kesan yang optimum khususnya dalam menurunkan berat badan?

Answer:

Salam sejahtera,

Anda mesti memastikan yang anda memakai saiz Premium Beautiful yang betul. Selain itu, anda mesti memakai ketiga-tiga bra + waist nipper + long girdle selama 8 jam setiap hari, bukan untuk beberapa jam sahaja.

Pada masa yang sama, anda diingatkan untuk menjaga pemakanan anda. Makan secara biasa untuk 3 meal sehari. Sesetengah orang akan makan tanpa terkawal selepas menanggalkan set Premium Beautiful mereka, dan ini akan mensia-siakan segala usaha mereka.

Jika anda telah mencuba cara-cara yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah seperti berikut (yang mana sesuai) supaya mengurangkan berat badan anda:
(1) Kalau kita suka makan daging atau mempunyai masalah sembelit, anda dinasihatkan untuk mengambil Imperial Tea atau Garam Buluh;
(2) Jika anda mempunyai perut buncit, anda dinasihatkan untuk mengambil Chitosan




Aida Says:

hi..saya Aida dari Kedah, nak tanya ada anak buah saya tidak teratur peredaran haid, kadang 2 bulan sekali dtg haid? adakah maharani blh solve masalah ni?

Dan adakah product hai-o blh buang toksin dlm badan seterusnya menghilang penyakit gatal-gatal pada kulit, jenis biji-biji di kulit dan berair

Answer:

Cik Aida,

1. Masalah haid yang tidak teratur.
Kitaran haid dikira normal jika ia adalah tetap pada sekali sebulan / sekali setiap 2 bulan.

Herba Maharani memang boleh membantu menyelesaikan masalah peredaran haid yang tidak teratur, masalah senggugut, keputihan, sakit pinggang & belakang, menghilangkan keletihan dan sebagainya.

Cara pengambilan : anda dinasihatkan untuk mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1/2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan. Kesan produk boleh dirasai selepas 2/3 bulan.

Nota :
Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh menggunakan satu daripada cara yang berikut :
(a) minum air garam
(b) makan separuh biji (25 biji kecil) setiap kali

2. Untuk masalah gatal-gatal pada kulit, biji-biji kulit dan berair.
Produk Hai-O Bamboo Salt sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana sifat menyahtoksin yang baik.

Cara pengambilan : ambil sebungkus Hai-O Bamboo Salt Premier Drink, dicampur dengan air suam (~200 ml) dan minum sekali pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur) = 2 kali sehari. Pada masa yang sama, sapukan air garam buluh pada tempat gatal & tempat bertumbuhnya biji-biji kulit untuk membantu membasmi kuman.

Penggunaan air garam buluh secara dalaman dan luaran akan membantu menyelesaikan masalah kulit dengan berkesan.

Su Says:

Bila waktu yang sesuai untuk saya mengambil semula herba maharani?
Saya haid pada 25hb.Mac, dan masih ada sampai ke hari ini ( 6 hari ). Saya berusaha untuk mendapatkan anak.

Answer:

Cik Su,

Untuk menambahkan peluang mengandung, anda perlu memastikan peredaran haid anda menjadi tetap terlebih dahulu.

Cara pengambilan Herba Maharani :
Ambil selepas period, 1 biji bola kuning (=50 biji hitam yang kecil) setiap hari & berterusan selama 6 hari. Selepas itu, hentikan pengambilan dan tunggu sehingga selepas period anda yang seterusnya dan amalkan cara pengambilan yang sama. Anda perlu mengamalkannya secara berterusan untuk suatu tempoh masa. Biasanya selepas 2/3 bulan (bergantung kepada individu), keberkesanan produk dapat dirasai.

Herba Maharani membantu mengawalatur masalah peredaran haid dan membekalkan nutrien kepada badan, jadi sesetengah pelanggan kami mendapati ia boleh membantu mereka mengandung.

Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama.

(1) Kebaikan Herba Maharani :
(a) Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
(c) Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(d) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
(e) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(f) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

Kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas adalah kerana Herba Maharani terdiri daripada bahan-bahan bernilai seperti :

(a) Gallus Gallus Domesticus (ayam hitam) yang membantu menguatkan badan dan baik untuk mereka dengan badan yang lemah, mudah rasa letih dan menghadapi masalah wanita seperti kesakitan haid
(b) Ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan herba-herba tradisional Cina lain yang menambahkan tenaga & darah, melegakan kesakitan haid, menghilangkan keletihan dan sebagainya

(2) Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.

(3) Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji hitam kecil
(b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani

(4) Pengambilan 6 hari berterusan selepas period boleh membantu menguatkan tubuh dan membekalkan nutrien kepada badan sebelum waktu pengovulan. Walau bagaimanapun, cara pengambilan Herba Maharani juga bergantung kepada kemampuan, keadaan dan ketahan badan individu. Jika tiada masalah ‘heaty’ selepas anda makan berterusan selepas period anda kali ini dan sehingga period yang seterusnya anda boleh makan mengikut cara ini, dan tidak terhad kepada 6 hari sahaja.

Nota : Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama, cuma diingatkan makan produk-produk ini pada waktu yang berasingan. Jika anda terasa sebarang ketidakselesaan, anda dinasihatkan agar mengambil Herba Maharani secara selang hari.

tq.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama artis!!

Sebelum membuat anjakan paradigma ni, tengok artis cuma kat tv dan majalah dan paper sahaja tetapi bila dah buat ni, banyak kali jugaklah jumpa artis terkenal tanah air face to face. Dalam kebanyakan function memang company jemput artis terkenal untuk hiburan terutamanya acara grant dan dinner. Semasa ulangtahun syarikat ke 16 diadakan di The MINES, gandingan dua penyanyi lelaki iaitu M. Nasir dan Faizal Tahir. Takde miming memang nyanyi live, bestnya. They all pun sporting. Punya ramai yang datang masa tu sampai M. Nasir cakap kalau dia tau macam ni, dia jual tiket kat luar satu RM10 ringgit pun dia masih lagi untung banyak. Faizal tahir pun tak kurang hebat. Antara lagu yang dinyanyikan adalah "Sampai Syurga" dan "Gemuruh" yang memang jadi lagu korporat kitorang. Misha Omar semasa Majlis anugerah Forbes ASIA, Best Under a Billion Company bagi tiga tahun berturut-turut di Hotel One World, dekat One Utama, Damansara. Comel, kecik molek je orangnya. Boleh agak ta...

Tahniah CDM!!!!

MALAM ANUGERAH!!! Yes!!! Tahniah kepada CDM kak Zaida dan CDM Abu Hassan yang diraikan secara besar-besaran pada hari ulangtahun syarikat baru- baru ni. Memang betul-betul diraikan dengan kehadiran penuh 1 stadium dari satu pelosok Malaysia. Memang kelas gitu!! Atas pentas Bersama-sama rakan kongsinya!! Ni haa, CDM Abu Hassan diapit oleh 2 orang bodyguardnye yang machooo. OK tiru je, confirm cepat naik...CDM... Ni CDM Kak Jue ngan rakan-rakan kongsi yang akan naik tak lama lagi.. Today are really tiring, from morning till night but deep inside I really puassss..sebab dah ada rakan kongsi yang naik CDM.. Mari kawan-kawan kita penuhkan satu flight ke Hong Kong pulak pas ni.. Smua orang ada peluang yang sama... Waka, waka eee, hunga hunga, HK, HK HK confirm , yes....!!!! Semuanye kerana satu produk Premium Beautiful dan satu pelan... Yakinlah bahawa dengan produk Premium Beautiful, anda betul-betul berharga..

New product!!!!

Bio Zone! Introducing lagi satu product terbaru yang memang terkini dan canggih dalam zamannya. Menggunakan teknologi cold plasma yang membersihkan udara di dalam kereta dan membekalkan Oksigen yang lebih banyak dan boleh mengatasi masalah mengantuk kerana oksigen supply cukup. Memang terhangat, bayangkan sold out cepat. Satu hari boleh jual 20 - 30 batang benda ni.. Income tambahan, jangan cakapla memang banyakkkk... capai ribu-ribu gak.. Cepat!!! new distributor diperlukan terutama kawasan utara, Kedah, Perlis, Perak, kawasan selatan - Seremban, melaka dan Johor. Harga jual RM175 beserta kos mengepos sekali... Jika anda pernah mengalami pedih mata, sakit kerongkong, sakit hidung dan bersin ketika berada di dalam kereta, gunalah Biozone Car Sterilizer untuk meneutralkan semula kebersihan udara di dalam kereta anda.Ini berpunca dari persekitaran di dalam kereta yang kotor.Sebenarnya udara di dalam kereta kita 10x ganda tercemar berbanding udara di luar walaupun ruang dalam kereta anda ...