Skip to main content

Bio Aura water System









Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air
Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.


Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat

Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan

Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien

Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh

Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum

Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan

Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid

Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan


Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter

Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia


Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang elektronik dan komputer. Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disk yang biasa. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran


Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih. Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting. Bagaimana menentukan keberkesanannya? Dapatkan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan berikut.

Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar. Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini?
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
Unsur-unsur mineral yang seimbang;
Nilai pH cenderung kepada alkali;
Molekul-molekul yang kecil.

Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
Penghadaman;
Menyingkirkan bahan buangan;
Melicinkan sendi-sendi;
Mengimbangkan suhu badan;
Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.

Bolehkah penapis biasa mengatasi masalah seperti yang dinyatakan di atas?
Penapis-penapis di pasaran dapat menapis keladak pejal dan membasmi mikroorganisma. Akan tetapi, ia tidak dapat mengekalkan unsur-unsur mineral yang baik untuk badan. Selain itu, nilai pH air yang ditapis oleh penapis biasa adalah lebih kurang 6 dan berasid, padahal badan manusia memerlukan air yang bernilai pH 7~ 8, beralkali.

Adakah unsur-unsur berguna air Bio Aura akan terjejas jika ia dididih atau disejukbekukan?
Tidak, air Bio Aura mempunyai molekul-molekul kecil yang tersusun rapat dan stabil. Sebenarnya, Bio Aura telah menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya dan mengekalkan unsur-unsur berguna, maka ia boleh terus diminum tanpa dididih.

Apakah kelebihan air Bio Aura?
Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.

Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.

Adakah penting untuk mengekalkan unsurunsur mineral?
Mineral (seperti kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya) adalah salah satu unsur penting dalam badan manusia. Sebagai contoh, magnesium yang larut dalam air berperanan penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jantung. Kenyataan ini telah diakui oleh saintis. Oleh itu, kita harus

Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan. Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.

Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?
Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.

Bagaimana saya mencuci penapis seramik?
Tanggalkan penapis mengikut diagram di dalam manual pengguna dan kemudiannya pasang semula ke dalam katrij. Ringkas dan mudah sekali!
Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Sms aje pun takpe, nanti I call balik...

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Far Infrared(FIR)

Far Infra Red (FIR) ialah: Sinar gelombang elektromagnet Mempunyai jarak gelombang antara 3 – 1000 µm Sinar yang paling selamat dan berguna untuk kehidupan Dari mana ia diperolehi: .Cahaya matahari (panaslah kalau nak berjemur dan ada masa ke?) .Pakaian pembentukkan badan MACAM PB .Badan manusia, haiwan cth ayam mengeram telur ( kalau ada ayam, kalau takde?) .Alat elektronik cth remote control, komputer, telefon mudahalih.(macamana ia masuk?) .Peralatan perubatan cth mesin urut kaki, fisioterapi, sauna dll.(sekali-sekala pergi, pun kena bayar juga kan) Macamana PB disediakan dengan FIR: platinum sbg bahan asas Dicampur dgn 40 jenis serbuk batu galian Disuntik ke dalam fabrik Hasilkan gelombang tenaga bila bersentuhan dgn kulit Gelombang itu dikenali sebagai sinar infra merah jauh (4 – 16 mikron) Macamana FIR Membantu manusia: 1. Melancarkan aliran darah 2. Membersihkan darah 3. Menggiatkan proses metabolisma FIR MENEMBUSI KULIT: TINDAK BALAS RESONAN KE ATAS MOLEKUL AIR MOLEKUL IR BERGE...

Kesan Premium Beautiful ke atas Rahim Perempuan!!

Kesan FIR KEATAS RAHIM DAN VAGINA Antara fungsi FIR yang ada dalam Premium Beautiful adalah membantu membetulkan kedudukan rahim wanita, sebab tu banyak kes pemandulan berjaya di atasi. Contohnya testimoni beberapa orang kawan yang dah berkahwin 3, 4 tahun masih lagi takde cahaya mata tetapi selepas pakai Premium beautiful beberapa bulan terus je pregnant.. Selain dari itu, pakai Premium beautiful juga boleh : •membantu mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal •membantu merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim •membantu merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur •membantu melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan •membantu menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder) •membantu menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi- menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami. Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya.

Doa Tercapai Hajat

Salawat Tafrijiyah atau Al-Nariyah Ertinya: "Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui". Amalkan membacanya sebaiknya selepas solat hajat 44 kali atau 100 kali beberapa malam, insya Allah masalah dapat diatasi. Dalam kita membuat sesuatu jangan lupa yang kita adalah hamba Allah dan sentiasalah meminta kepadaNya. Selamat Berjuang dalam apa jua yang kita ceburi.