Skip to main content
Salam Jumaat,
Kepada semua pengunjung blog saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini walaupun saya kenal ataupun tidak. Yang penting melihat senarai pengunjung yang sentiasa bertambah setiap hari membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk mengupdate(kalau cikgu BM tahu, marah ni) blog ini.

Antara perkara terbaru yang berlaku recently betul-betul menambahkan semangat saya untuk terus berbiznes. Selepas diterbangkan bersama bizpartners ke Switzerland baru-baru ni saya melihat satu anjakan dari segi dalaman terutama kepada bizpartners yang baru balik dari Swiss. Semangat mereka semakin bertambah dan berupaya memberikan satu suntikan semangat yang baru. Inilah yang dinamakan bukti speaks by itself. B4 this mungkin mereka merasa mustahil untuk sampai ke Swiss kerana biasanya orang yang berduit saja boleh pergi tetapi dengan mengambil satu tindakan yang sedikit lain telah berjaya mengubah hidup kita seluruhnya.

Buktinya pada malam pertama kelas Rabu telah menghimpunkan ramai bizpartners dan ada juga yang dah lama tak nampak (dekat 4 table jugakla). Sesungguhnya jauh dalam hati merasa sungguh terharu dan rindu kepada mereka semua dan azamku ingin membawa mereka semua melancong ke seluruh dunia selepas ini. Ya Allah kau penuhilah impian mereka semua kerana mereka berkehendak dan berusaha untuk mencapai impian mereka.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk merealisasikan impian dan matlamat kita semua. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dan kita merasa sungguh bertuah berada dalam kumpulan hebat Kak Ana dan Abg Lan, K Ju dan Abg Abu yang sentiasa menyokong dan memberi tips dan strategi untuk berjaya.

Hasil secupak tak boleh jadi segantang jika kita tak berusaha untuk mengubahnya dan percayalah, yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang walaupun itu sifatnya. Tidak boleh berharap-harap tanpa ada tindakan dan perubahan.

Dan yang paling utama hina besi kerana karat dan hina manusia kerana hidup melarat.

Jumpa anda di puncak kejayaan bersama senyuman.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Far Infrared(FIR)

Far Infra Red (FIR) ialah: Sinar gelombang elektromagnet Mempunyai jarak gelombang antara 3 – 1000 µm Sinar yang paling selamat dan berguna untuk kehidupan Dari mana ia diperolehi: .Cahaya matahari (panaslah kalau nak berjemur dan ada masa ke?) .Pakaian pembentukkan badan MACAM PB .Badan manusia, haiwan cth ayam mengeram telur ( kalau ada ayam, kalau takde?) .Alat elektronik cth remote control, komputer, telefon mudahalih.(macamana ia masuk?) .Peralatan perubatan cth mesin urut kaki, fisioterapi, sauna dll.(sekali-sekala pergi, pun kena bayar juga kan) Macamana PB disediakan dengan FIR: platinum sbg bahan asas Dicampur dgn 40 jenis serbuk batu galian Disuntik ke dalam fabrik Hasilkan gelombang tenaga bila bersentuhan dgn kulit Gelombang itu dikenali sebagai sinar infra merah jauh (4 – 16 mikron) Macamana FIR Membantu manusia: 1. Melancarkan aliran darah 2. Membersihkan darah 3. Menggiatkan proses metabolisma FIR MENEMBUSI KULIT: TINDAK BALAS RESONAN KE ATAS MOLEKUL AIR MOLEKUL IR BERGE...

Kesan Premium Beautiful ke atas Rahim Perempuan!!

Kesan FIR KEATAS RAHIM DAN VAGINA Antara fungsi FIR yang ada dalam Premium Beautiful adalah membantu membetulkan kedudukan rahim wanita, sebab tu banyak kes pemandulan berjaya di atasi. Contohnya testimoni beberapa orang kawan yang dah berkahwin 3, 4 tahun masih lagi takde cahaya mata tetapi selepas pakai Premium beautiful beberapa bulan terus je pregnant.. Selain dari itu, pakai Premium beautiful juga boleh : •membantu mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal •membantu merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim •membantu merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur •membantu melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan •membantu menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder) •membantu menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi- menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami. Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya.

Doa Tercapai Hajat

Salawat Tafrijiyah atau Al-Nariyah Ertinya: "Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui". Amalkan membacanya sebaiknya selepas solat hajat 44 kali atau 100 kali beberapa malam, insya Allah masalah dapat diatasi. Dalam kita membuat sesuatu jangan lupa yang kita adalah hamba Allah dan sentiasalah meminta kepadaNya. Selamat Berjuang dalam apa jua yang kita ceburi.