Skip to main content

Raye 2010!


Saja nak cerita kisah hari raya kitorang tahun 2010 kali ni. Balik kampung waktu malam sebab nak elakkan panas dan juga letih. Kalau nak rehat boleh aje berenti rehat dan makan.

Ammar duk depan dengan mamanya. Ni songkok raya, dia punya excited sampai sepanjang dalam kereta tu tak nak tanggalkan.


3 beradik ni dok kat belakang tapi excited nak balik sangat. Sepanjang jalan pasang lagu raya.
sampai Ipoh pukul 3 pagi terus sahur dan tido...




Ni air serbat masa berbuka puasa kat Ipoh.


Waktu berbuka puasa. Semua sedara ayahnye berkumpul untuk sama-sama buka puasa



Lepas tu layan budak-budak main bunga api..


Lepas main bunga api bersiap balik Kedah pulak sebab lusanye dah raya. Balik buat persiapan untuk raya. Tolong mak buat ketupat tapi kalau tengok gambaq ni macam mak saja yang dok pulun buat...he..he..he...


Ni Pak Ngah tengah isi pulut dalam buluh untuk di buat lemang..



Time bakar lemang. Takpe, bekerjasama ada yang dok kalih lemang dan ada yang tengok sajaa..bukan kot tengok api, ok ke tak..



Sementara tu dalam rumah, aku le dok bersilat buat rendang ayam dan rendang daging ngan kakak.


JENG..JENG PAGI RAYA... LEMANG DAN RENDANG DAH JADI HIDANGAN PALING BEST








AND KUIH RAYE...

PAS TU DAH SIAP BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAF-MAAFAN, ambik gambar le untuk kenangan..
Ni Keluarga Abang Jamal, ada ahli baru yang beraye tahun ni...
Ni Keluarga Kakak Sulung Kak Liza. Depan tu Abang Long yang dok berdebar tunggu hari nak bersanding


Ni pulak keluarga Kak Tun , Orange family..
And last, my family, The Blue Team.. ngan Tok dan Tok Wan yang seronok sangat tengok anak cucu dia berkumpul.. he..he..he..
Raya ke dua, family Abang jamal buat kenduri akikah untuk baby kecik ni..
Muhammad A'tiqullah

Dengan mengendurikan kambing biri-biri yang dibawa balik naik MPV ni!!! ishh, hebat, hebat




Maka pakat la dok perosah kambing ni ramai-ramai. Pegang bang kuat-kuat nanti kena tendang, naya ja...
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim...
Time kenduri, makan bang, jarang jumpa kambing time raye ni...
Team menyediakan hidangan. Ni confirm sedap pasai tukang masak happy especially tengok orang pulun makan

Inilah peristiwa raye tahun ni. Memang happening sebab dapat berkumpul ramai-ramai dengan semua adik-beradik.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama artis!!

Sebelum membuat anjakan paradigma ni, tengok artis cuma kat tv dan majalah dan paper sahaja tetapi bila dah buat ni, banyak kali jugaklah jumpa artis terkenal tanah air face to face. Dalam kebanyakan function memang company jemput artis terkenal untuk hiburan terutamanya acara grant dan dinner. Semasa ulangtahun syarikat ke 16 diadakan di The MINES, gandingan dua penyanyi lelaki iaitu M. Nasir dan Faizal Tahir. Takde miming memang nyanyi live, bestnya. They all pun sporting. Punya ramai yang datang masa tu sampai M. Nasir cakap kalau dia tau macam ni, dia jual tiket kat luar satu RM10 ringgit pun dia masih lagi untung banyak. Faizal tahir pun tak kurang hebat. Antara lagu yang dinyanyikan adalah "Sampai Syurga" dan "Gemuruh" yang memang jadi lagu korporat kitorang. Misha Omar semasa Majlis anugerah Forbes ASIA, Best Under a Billion Company bagi tiga tahun berturut-turut di Hotel One World, dekat One Utama, Damansara. Comel, kecik molek je orangnya. Boleh agak ta...

Tahniah CDM!!!!

MALAM ANUGERAH!!! Yes!!! Tahniah kepada CDM kak Zaida dan CDM Abu Hassan yang diraikan secara besar-besaran pada hari ulangtahun syarikat baru- baru ni. Memang betul-betul diraikan dengan kehadiran penuh 1 stadium dari satu pelosok Malaysia. Memang kelas gitu!! Atas pentas Bersama-sama rakan kongsinya!! Ni haa, CDM Abu Hassan diapit oleh 2 orang bodyguardnye yang machooo. OK tiru je, confirm cepat naik...CDM... Ni CDM Kak Jue ngan rakan-rakan kongsi yang akan naik tak lama lagi.. Today are really tiring, from morning till night but deep inside I really puassss..sebab dah ada rakan kongsi yang naik CDM.. Mari kawan-kawan kita penuhkan satu flight ke Hong Kong pulak pas ni.. Smua orang ada peluang yang sama... Waka, waka eee, hunga hunga, HK, HK HK confirm , yes....!!!! Semuanye kerana satu produk Premium Beautiful dan satu pelan... Yakinlah bahawa dengan produk Premium Beautiful, anda betul-betul berharga..

New product!!!!

Bio Zone! Introducing lagi satu product terbaru yang memang terkini dan canggih dalam zamannya. Menggunakan teknologi cold plasma yang membersihkan udara di dalam kereta dan membekalkan Oksigen yang lebih banyak dan boleh mengatasi masalah mengantuk kerana oksigen supply cukup. Memang terhangat, bayangkan sold out cepat. Satu hari boleh jual 20 - 30 batang benda ni.. Income tambahan, jangan cakapla memang banyakkkk... capai ribu-ribu gak.. Cepat!!! new distributor diperlukan terutama kawasan utara, Kedah, Perlis, Perak, kawasan selatan - Seremban, melaka dan Johor. Harga jual RM175 beserta kos mengepos sekali... Jika anda pernah mengalami pedih mata, sakit kerongkong, sakit hidung dan bersin ketika berada di dalam kereta, gunalah Biozone Car Sterilizer untuk meneutralkan semula kebersihan udara di dalam kereta anda.Ini berpunca dari persekitaran di dalam kereta yang kotor.Sebenarnya udara di dalam kereta kita 10x ganda tercemar berbanding udara di luar walaupun ruang dalam kereta anda ...