Premium Beautiful

Tuesday, June 11, 2013

Tips untuk berjaya!



Alhamdulillah, ada kesempatan nak tulis sikit di hening pagi ni. Saja teringat selama buat biz ni selama 5 tahun nih, akak memang naik dengan produk kesihatan dan kecantikan sebab kalau tak penting orang tak beli punya. Bayangkan mancis yang harganya lebih kurang singgit sekotak tu, cnfrm takde dalam handbag orang pompuan sebab tak perlu. Tapi kalau gincu aka lipstick yg harganya kadang kadang berpuluh hinggit atau beratus tu pasti ada sbb barang keperluan pompuan.



So dlm biz ni, kita  ceritakan kelebihan produk dan memang biz ni lebih berpaksikan produk bukannya skim cepat kaya atau apa apa skim. kalau berniaga tapi takde ilmu produk memangle takleh jalan..Nak kekal lama dalam biz memang kena ada ilmu. Janganla salahkan biz tak jadi kalau kita tak buat 'homework'. 

Insha Allah kalau kita sabar, ikhlas, istiqamah (memetik kata kata seorang rakan) dan tiru orang yang telah berjaya dalam biz yg diceburi tu..kita pasti berjaya! Yang ditiru tu bukannya cara pakaian atau lifestyle tapi tiru tindakan dan cara kerja mcmna mentor kita berjaya..

Yang penting adalah perjalanan menuju kejayaan dan kita menikmati the journey to success....



Segala yang baik tu datang dari Allah, yg lemah adalah dari kelemahan diri sendiri.. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails