Skip to main content

Day 2

Sorryla lambat sikit update blog ni, bnyak nau acara dan kerja yang perlu dibereskan bila balik Vietnam baru baru ni..

So acara yg berlangsung pd hari kedua adalah:


Plan for the day!


Bergambar beramai ramai sebelum keluar berjalan jalan...

Dalam perjalanan menaiki bas, inilah keunikan Vietnam yg boleh disaksikan.. People will minum just at the road side. Banyaklah yg kita blh nampak gerai macam ni di sepanjang jalan. dan kalau nak tau dia punye chair tu saiznye macam tadika punye..
Ni adalah Water puppet show yg dapat disaksikan. Alangkah bagusnye kalau ada juru translate, blhla kita menyelami jalan ceritanya...

Pastu kitorang dibawa ke Muzeum perang Vietnam. kat sini ada kapalterbang perang, peluru, dan banyaknye gambar gambar semasa perang. Bayangkan diorang berperang dengan Amerika selama 20 tahunnn. wuishhh lamanya.


Lepas gi Muzeum perang kitorang gi Lunch dulu, hmmm bestnye segala makan minum ditanggung dan memang halal dan penuhla meja dengan hidangan yg sedap sedap belaka...rugi wooo kalau datang tak nak makan..ni lah masenye nak rase makanan negara tersebut yg payah nak dpt kat Malaysia..



Pastu kitorang gi berjalan(ye ke?) naik bas ke Istana Presiden, sempat lagi berposing tuh

Ni adalah Istana Presiden tuh yg ada banyak ruang, ruang mesyuarat, ruang makan plak ada 2, utk biasa biasa dan bila ada tetamu luar negara dan macam macam ruang lagila...mood ingat nak shopping je



Depan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City...

Bayangkan nenek tua ni sedang memaku kasut utk design yg kita pilih....
Then terus ke Benh Thanh market yg merupakan tempat shopping paling famous kat sini. Tak banyak gambar sebab akak jadi rabun mata, gelap mata dan kelam mata. Geram tengok barang barang yang ada kat sini yg semuanye ada dari kelengkapan rumah, kasut, tudung pakaian, assesori telefon dsbnye.. memang boleh hilang kat sini sebab teramatla luasnye dan akak takde gambar sebab sibuk shopping kerana dia tutup kul 5.30 pm so kena cepat...


Malamnye kami ada Gala dinner utk semua usahawan. Temanya baju Vietnam yg dipanggil Audaiii atau sebutannya auyaiii. Akak tengah tunggu baju yg ditempah sampai ke hotel.. berdebar je takut diorang tak hantar....



makan malamnye menag sedap sedap belaka dan kejutan utk yang lahir bulan March.. Hmmm bestnye sambut kat oversea lagi. pengalaman yg tak dapat dilupakan...

kita tengok pulak plan tuk besokkk..harap sabar ye..

Comments

Popular posts from this blog

Camera, Action!!!

Pengalaman gi melancong sebenarnya banyak bawak perubahan pada diri seseorang terutama self upbringing. Dulu masa belum buat biz ni, akak ni jenis yang kaku, boleh nampakla masa ambik gambar ni.... Masa kat airport sebelum gi Korea..(gambar edisi terhad) Ni gambar 1st time gi melancong, time tu Korea, tegak je kan.... Pastu kat Paris, dah mula gaye sikit. ada la.. Then kat paris jugak, masa ni macam kena paksa sikit, tak caye tengok muka abang mazhan, semacam saje... Pastu masa kat Sydney, masa ni tangan akak naik sendiri, dah mula mengepakkk.. Then dah pandai dah lenggok badan... sebab dah kena ajar.. nak buat macamana ramai tul peragawatiiii masa kat Tokyo Then masa kat beijing dah mula tunjuk skilll And jeng . . jeng . . jeng . . . Aksi melampau masa kat Swiss. Bukan salah akak tau , tu said kat sebelah tu yang ajar... Tapi tu lah enjoy bila buat biz ni, ramai tul kawan-kawan sama-sama gi melancong ni..anda pun boleh menikmati saat-saat macam ni dengan ambik peluang masa pelua...
BERITA BAIK!!! BAMBOO SALT CONDITIONING SHAMPOO Selepas berjaya dengan produk rangkaian marine essence nya, sekarang SHOM tampil memperkenalkan produk terbaru di pasaran dengan Bamboo Salt Conditioning shampoo aka perapi rambut berkhasiat garam buluh marine essence pulak.. menambahkan lagi satu lagi produk yang bakal menggegar pasaran conditioner.. sedikit info tentang produk ni: Soap free Paraben free SLES free Antibacteria Mineral Oil Free semua ni adalah khasiat untuk rambut yang lembut,licin, bersinar dan mudah di urus. Antara kandungan utama adalah: 1. GARAM BULUH DAN PHENO-SFE -untuk menyihatkan dan melindungi rambutdengan menyingkirkan radikal bebas yang berbahaya. 2. MINYAK ARGAN ORGANIK DAN MINYAK ZAITUN EKSTRA DARA 100% - untuk melembapkan kulit kepala yang kering dan menjadikan rambut kelihatan cantik, bersinar dan beralun lembut.. 3.  YOGURT DAN PROTIN SUTERA - kaya dengan protin, sangat giat untuk menyihat dan melembap...