"Walaupun satu ayat saja yang diajarkan maka orang tu layak kita panggil guru".. teringat dengan frasa ini akak rasa terpanggil sangat untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mendidik akak dari darjah satu sampailah la ni....(tak masuk tadika tau, masa tu tadika takde lagi...)
Ramai jugakla yang jadi cikgu akak dari dulu tapi yang rasa sangat significant sekali adalah cikgu yang ajar kenal abc dan membaca waktu tu.. Terima kasih kepada Cikgu Majid..orangnye agak gempal tapi dia memang kelakar tapi kelakar serius...kalau dia buat lawak takde orang berani gelak sebab dia pun memang tak gelak.. lagi satu dia suka cubit perut kalau kita takleh jawab soalannya...
Then Cikgu Besar, tak ingat sangat nama dia tapi dia suka pakai songkok tinggi macam Dato Onn tu dan dia ajar bahasa jawi... memang tegas dan tak banyak cakap. Masa akak darjah 4, ingat cikgu Norhayati, dia suka pakai baju hijau dan suka cerita hantu... masa dia cerita semua kawan-kawan akan kumpul kat bawah keliling dia dan menjerit sama-sama. cikgu ni memang pandai cerita...pastu masa darjah 6, cikgu Ramlah, dia ajar English.. masa periksa akhir tahun darjah 6 akak dapat markah 100%, dia macam tak caye, akak lagila tak caye...Cikgu Ramlah bagi hadiah diari warna hijau, sampai sekarang akak masih lagi simpan hadiah tu... sebab tak pernah ada cikgu bagi hadiah (hadiah sebab dapat tempat dalam pepriksaan tu dah biasa..)
Then cikgu Mazlan, dia cikgu pengakap dan juga cikgu sukan...then cikgu rosmawati...cikgu ni putih melepak dan dia garang jugak...then cikgu kelas masa darjah enam Cikgu Azizah...lembut orangnye dan kitorang selalu gi rumah dia untuk belajar dan tuisyen...
Then masuk sek menengah.. Teringat kat Cikgu Goh, Cikgu Abdullah A( Guru disiplin), Cikgu Abdullah B. Cikgu Mustafa, Cikgu Mansor lat, Cikgu Jamnah, Cikgu Fatimah (garang ooo), Cikgu BM.. Mr Prasad a/l Appanair(dia ajar English and becoz of him, I love English).
Then masuk Boarding school, akak ingat sangat terutama ngan warden kitorang yang sangat memahami, Cikgu Khaty, Cikgu Kong, Cikgu Nurijam Ilma Idilis(akak ingat sangat sebab nama dia unik sikit), Mr Bernard, Mr Potato( sorryla nama dia tak berapa ingat,, ni nama gelaran kitorang bagi..) Miss Tai Pak Chu, Ustazah Latipah Hanum, Cikgu Rashidah (cikgu BM kegemaran), Cikgu Faridah....
Then bila masuk U, ingat lagi pada Dr Fauzi, Dr Azmi, Dr Razi, Dr Thohirah Lee, Dr Siti Hajar, Dr Rajan... terima ksih kerana atas jasa mereka mencurahkan ilmu maka jadilah akak seperti hari ni...bukan saje pekerjaan hakiki cikgu tapi yang akak buat sekarang ni juga adalah dikira sebagai cikgu jugak kerana nak melahirkan seberapa ramai pemimpin.....
Then bila melibatkan diri dalam biz ni, akak ada ramai pemimpin yang support...yelah daripada zero dalam biz ni, dah mencapai tahap paling tinggi dari nobody kepada somebody...
Special thanx to pasangan Cdm Juliana dan Cdm Abu Hassan Shauki yang mengangkat akak dari tak tau apa-apa kpd tau apa-apala.. dengan berkat bimbingan dan didikan mereka, dengan sabar mereka telah membuatkan akak menikmati apa yang ada sekarang... Akak mendoakan supaya mereka sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan panjang umur....
Juga kepada pasangan Cdm Siti Rohana Mohd Yusof dan Cdm Azlan Deraman yang telah mencelikkan dan membuktikan bahawa buat biz networking ni boleh jadi kaya raya, bebas masa dan bebas kewangan. Mereka berdua telah mengubah persepsi, idol dalam biz ni dan mereka cakap dan buat serentak... banyak dah pengalaman diorang dalam biz ni dan mereka ajarkan pula kepada rakan-rakan kongsi yang baru dengan sedetailnye...bertuah sangat dok dalam group mereka ni...juga doa akak sentiasa untuk mereka...
Dan yang paling akak rasa bersyukur sangat sebab adanye pasangan ini yang seperti sifu dalam biz ni, tanyelah apa saja , beliau dapat menghuraikan dengan detail dan dengan lembut mengajarkan kita tanpa rasa jemu... Sifu Cdm Chan dan Madam Lam ini juga seperti scanner yang boleh tahu apa kekurangan dan kelebihan yang kita ada dan beliau akan highlitekannnya supaya kita pandang kelebihan ini lebih dari segalanye....
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Terima Kasih Cikgu!!!!!
Comments
Post a Comment