Road to Success
Recently akak ada mendengar satu perkongsian dari seorang pakar motivasi yang menceritakan tentang perniagaan, jadi kat sini akak pun nak berkongsi gak ngan readers supaya dapat kita renungkan bersama dan kalau boleh di applykan dalam kehidupan atau apa saja yang kita lakukan....
Recently akak ada mendengar satu perkongsian dari seorang pakar motivasi yang menceritakan tentang perniagaan, jadi kat sini akak pun nak berkongsi gak ngan readers supaya dapat kita renungkan bersama dan kalau boleh di applykan dalam kehidupan atau apa saja yang kita lakukan....
Dia kata" ada beberapa garis panduan yang kalau kita ikut, confirm kita akan berjaya":
1. Buat biz ni kena ada 'passion' atau istilah orang kampung, ghairahlah sebab kalau kita buat dengan penuh ghairah dan kemahuan ,confirm apa yang kita buat tu akan berjaya. Tapi kalau mula-mula tu tak ada ghairah ni, kita boleh wujudkan dia. Yang penting kita buat dia, bukan dia buat kita..
2. Berterusan; Mesti buat secara berterusan, takleh sekejap buat, sekejap stop. Macamana nak berjaya kalau dah mula nampak kejayaan, kita pun dah makin slow..pas tu nak mula semula dah kena panaskan enjin sekali lagi, kan dah buang minyak tuuu.. satu usaha yang membazir. Kalau sape pernah baca sejarah Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln ni dia banyak sangat gagal sebelum jadi senator, banyak kali kalah, tapi dia tak putus asa dan akhirnya menjadi Presiden Amerika yang tersohor sekali.
3. Kalau nak berjaya takde istilah give-up, cabaran yang ada tu sikit-sikit saje. Kehebatan sebenar bukanlah bermakna tak pernah jatuh tapi bangun semula selepas jatuh. Akak pun bukan tak ada cabaran, mesti ada punya tapi setiap cabaran tu kita akan cari jalan penyelesaian. Cabaran yang ada tu menjadikan kita lebih hebat.
Nabi Muhammad s.a.w pun dah jamin rezeki dalam bidang perniagaan ni 9/10. So kita teruskan saja usaha kita ni. Kita hanya gagal apabila kita berhenti mencuba atau dah give-up. kalau kita pilih untuk berjaya, kita mesti pilih untuk buat biz ni dengan bersungguh-sungguh. Dan kita buatlah keputusan untuk jadikan perniagaan premium beautiful ni sebagai punca utama pendapatan kita..pasti kita akan dapat.
4. Perlu ada support group yang kuat..Yang nilah yang membezakan kita dengan biz lain. sebab akak nampak sangat support dari kumpulan yang sangat kuat terutama dari pihak stokis yang menyediakan tempat, servis yang paling top dan juga khidmat nasihat. Bayangkan tuan punya stokis ni dah berkecimpung sangat lama dalam biz ni. dan beliau merupakan contoh orang yang tak berpindah-pindah dan sentiasa istiqamah dalam perniagaan. Kemudian dari pakar strategi dan pakar motivasi kumpulan kita yang sentiasa berfikir untuk kepentingan kumpulan..
Dan lagi bertuah sangat sebab kita ada pemimpin kumpulan yang sangat sempurna di mata akak, nak apa je panduan dan semua jawapan ada pada beliau..
Insya Allah kita kelilingi diri kita dengan orang yang hebat, confirm kita pun akan jadi hebat.
Yakinkan diri kita bahawa kita boleh melakukannya.. Aku boleh, aku memang boleh dan aku pasti boleh..Perkataan 'tidak boleh' itu boleh menjahanamkan kita jadi buang ia jauh-jauh..
Orang yang hebat sentiasa berusaha kerana usaha tangga kejayaan.
Antara keuntungan kita menjadi usahawan Premium Beautiful adalah:
a. Peluang membentuk masa depan
b. peluang mengaut keuntungan
c. memberi memberi sumbangan dalam masyarakat
d. Peluang membuat apa yang kita seronok terutama - shopping, melancong ke luar negara.
5. Jangan sesekali kita merasa takut kerana takut boleh menghindari kejayaan. Ramai jugak yang takut dan ditakut-takutkan oleh kawan-kawan, saudara yang tidak faham tentang biz yang kita jalankan. Percayalah bahawa pencapaian yang besar berlaku apabila kita terdesak...
6. Prinsip Fuguwai dan Kaizen. Ini adalah diambil dari perkataan Jepun. Tahu tak yang orang Malaysia akan tetap ketinggalan 10 tahun dari segi teknologi dengan orang Jepun sebab Fuguwai..Orang kita tak boleh tengok kalau benda tu elok. walaumacamanapun dia akan buat untuk menjadikan benda tak elok. Contohnya kalau kawasan tu bersih, dia akan buang sampah jugak.. maksudnya vandalism dalam masyarakat kita sangat tinggi...
7. Sentiasa satu Hati dalam kumpulan kita.. Ada satu hadis nabi..Dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain, mereka tidak akan di pandang Allah.. Tangan Allah sentiasa bersama jemaah. Allah akan membantu hambanya jika hambanya bantu sesama sendiri..
dan jika menaruh sifat dengki dengan orang yang berjaya, kita sukar untuk berjaya.. Tapi berbeza jika kita menaruh iri hati dengan mereka dan kita pun nak berjaya macam orang tu..
Allah tu Maha Kaya, dia takkan ambik rezeki orang untuk bagi kat kita, sebab masing-masing ada rezeki, asalkan kita berusaha...
8. Paling last pesan pakar ni lagi, Jangan berhenti Belajar.. belajarlah apa saja mengenai apa yang kita buat ni seperti ilmu premium beautiful, pelan pemasarannya dan strategi untuk berjaya sebab ilmu ni takkan habis-habis. Lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu... janganlah kita bongkak dan sombong mengaku dah tahu semua...sebab itulah punca kejatuhann sebenarnya.. pesan orang tua-tua, jadilah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, jangan jadi seperti ayam, telur sebiji riuh sekampung.,.
Jadi jika kita mengamalkan prinsip ni confirm kita akan berjaya sebagaimana orang yang telah berjaya sebab biz ni ada resepi kejayaan, so ikut orang yang jadi, confirm kita akan jadi sama...
Selamat Transformasikan Diri.. Good Luck!!!
Comments
Post a Comment